SELAMAT DATANG KE KASTHURI CORNER....

Salam sejahtera kepada kawan-kawanku....

Semoga kita dapat meneruskan perjalanan dalam bidang pendidikan dengan menambah ilmu pengetahuan demi masa hadapan kita dan anak murid kita.

Wednesday 5 October 2011













JOM...BELAJAR


DI DUNIA INI TERDAPAT PELBAGAI CARA  UNTUK DIPAELAJARI BAGI  MENINGATKAN ILMU PENGETAHUAN  ANDA.........JOM KITA BELAJAR

Add caption


Tuesday 4 October 2011

KEPENTINGAN E-PEMBELAJRAN


     E-Pembelajaran (e-Learning) adalah merupakan kaedah terbaru menggunakan
teknologi yang terkini bagi meningkatkan tahap pembelajaran. E-pembelajaran
merupakan proses pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan rangkaian
elektronik (LAN, WAN atau Internet) untuk menyampaikan kandungan, maklumat dan
juga berinteraksi melaluinya. Internet, intranet, satelit, pita audio-video, interaktif tv fan
CD-rom adalah sebahagian dari media elektronik yang digunakan untuk mempraktikkan E-pembelajaran (Kaplan-Leiserson, 2000).
     E-pembelajaran ini dapat digunakan secara luwes iaitu pelajar dapat mengakses
bahan serta mempelajarinya mengikut keperluan sendiri dari segi masa teknik juga
dalam keadaan tidak formal (Mantyla dan Woods, 2001). E-pembelajaran membolehkan
pelajar mengakses maklumat dari serata dunia melalui kaedah forum dalam talian,
e-mail, video konferens dan chatting atas talian (McVay Lynch, 2002). Selain itu,
e-pembelajaran bersifat kos efektif di mana banyak bahan yang terdapat pada pelbagai
laman mampu diakses oleh guru dan pelajar tanpa menggunakan banyak kos. Malahsumber percuma dalam internet banyak mendatangkan keuntungan kepada pengguna  fakhrul, 2002). Penggunaan e-pembelajaran berpotensi membawa perubahan dan pembaharuan iaitu daripada pembelajaran berorentasikan kelas kepada pembelajaran berorentasikan laman web.
      Menurut ahli psikologi, prinsip-prinsip pembelajaran merupakan dasar-dasar
yang menerangkan bagaimana pembelajaran boleh berlaku secara berkesan. Prinsipprinsip seperti kesediaan belajar, pengalaman menggunakan komputer, kepunyaan komputer yang mampu mengakses internet, motivasi, pengaruh alam sekitar dan sebagainya akan mempengaruhi penggunaan e-pembelajaran (Ee, 1994).
Bukan semua pelajar atau organisasi yang menikmati kelebihan e-pembelajaran
(Pollard & Hillage, 2001). Halangan-halangan dalam e-pembelajaran termasuk
halangan personaliti, halangan situasi, halangan gaya pembelajaran, halangan arahan,
halangan teknologikal dan halangan organisasi. Selain itu, kecekapan diri (self efficacy)
akan mempengaruhi penggunaan e-pembelajaran. Kecekapan diri adalah kesediaan dan keyakinan diri untuk menggunakan e-pembalajaran. Seseorang yang memiliki
kecekapan diri menggunakan e-pembelajaran yang tinggi akan kurang menghadapi
halangan ketika menggunakan e-pembelajaran (Mungania, 2004).
          Sejak kebelakangan ini, e-pembelajaran telah berkembang dengan pesat dan di
samping itu telah wujud pula pelbagai model. Model-model tersebut berbeza antara satu sama lain, iaitu dari segi tempoh, jadual, dan tahap interaktifnya. E-pembelajaran boleh dilaksanakan secara berperingkat dan permulaannya dijadikan sebagai tambahan kepada sumber pengajaran secara tradisional atau yang sedia ada di institusi pengajian tinggi.
           Bagi IPT, keperluan kepada e-pembelajaran sudah meningkat ke tahap yang amat mustahak dan kritikal. Keperluan ini pula berkait rapat dan juga dapat menentukan, keupayaan IPT menyediakan perkhidmatan yang sejajar dalam dunia tanpa sempadan.